Hotel bajet tapi service tip top
harga hotel amat murah dibandingkan dengan service yang ditawarkan serta lokasi yang sangat hampir dengan pasar filipina, pasar malam, tempat makan (ikan bakar). Kena booking awal (online) krn harga lebih murah. Hotel sentiasa penuh terutama musim cuti sekolah. kalau tempah dikaunter pada hari nak check in kemungkinan besar penuh. Ada disediakan perkhidmatan sewa kereta yang agak berpatutan harganya untuk perjalanan jauh spt. lawatan ke Kundasang, Poring, Lok Kawi dan banyak lagi tempat menarik yang mesti dilawati. Disyorkan mereka yang nak melawat Sabah inilah tempat penginapan keluarga yang dicadangkan. masalah cuma tempat parking kereta pada waktu siang agak sukar.