Lihat semua hotel di Kathmandu Asia > Nepal > Kathmandu > Acme Guest House
Keterangan Hotel
Bilik-bilik di Acme Guest House agak luas, dan terdapat satu kawasan laman terbuka, yang jarang ada di kawasan Thamel yang sesak. Diperakui oleh Lonely Planet, Acme Guest House memang dikenali sebagai satu daripada rumah tamu bajet pertengahan, yang terletak di sudut sunyi Kathmandu dengan taman hijau yang luas di Thamel. Urusan perbankan, menjamu selera, membeli-belah dan hiburan malam semuanya boleh dituju dengan berjalan kaki. Suasananya yang damai dan tenang sudah cukup untuk menggoda sesiapa daripada kesibukan lokasi tumpuan pelancong di bandar. Kami menawarkan pelbagai penginapan yang menarik dan dengan harga berpatutan dari ekonomi, standard dan deluxe dengan balkoni dan menghadap taman, bilik mandi persendirian atau berkongsi, pancuran sejuk dan panas, sistem pemanas, kipas dan TV kabel. Kemudahan lain termasuklah restoran, bar dan akses internet. Seseorang boleh menikmati hidangan sarapan yang lazat di taman kami yang sunyi dan tenang, sambil berjemur. Menginaplah di hotel kami, dan pulang sebagai seorang teman. lagiPurata penarafan hotel
mengesyorkan hotel ini
akan menginap di hotel ini lagi
Anda boleh mendaftar masuk dari 00:00 ke 12:00. Anda perlu mendaftar keluar sebelum 12:00.
Kadar AsiaRooms.com untuk Acme Guest House di Kathmandu adalah jumlah harga bilik dan bukan kadar 'seorang'.